Sunday, December 15, 2013

Coretan Foto Lawatan Muhibbah Ke Songkhla, Thailand Pada Januari 2013

Banner Lawatan Ke Songkhla

Ahli Konvoi KASKEK

Pendaftaran penginapan di Hotel Samila Beach, Songkhla

Jurufoto

Aktiviti riadah 1

Aktiviti riadah sekitar Pantai Samila, Songkhla

Sesi bergambar bersama ahli konvoi KASKEK

Makan Malam bersama ahli dan famili masing-masing

Ketua J/K Keselamatan Konvoi

Jurufoto 2

Makan malam bersama famili ahli konvoi

Anak-anak ahli konvoi

Penyelaras bersama J/K Konvoi

Jurufoto 3

Candid 1

Candid 2 : Upload Facebook

Candid 3 : Sebelum ambil sesi bergambar

Candid 4

Candid 5

Candid 6 : Pasangan suami/isteri ahli konvoi

Geologi am kawasan terdiri jenis metasedimen dan granit

J/K Penyelaras Konvoi

Ahli bersama famili masing-masing

Candid 7 : Pasangan romantik Pantai Samila, Songkhla

Kenderaan Konvoi

Anak-anak ahli konvoi yang ceria

Jurufoto 4

Anak-anak yang sedang bermain

Jalan-jalan menghayati pemandangan di sekitar Pulau Koyo, Songkhla

Monday, July 29, 2013

MENGHIDUPKAN RAMADHAN

Alor Setar – 29 Julai 2013, Kelab Sukan dan Kebajikan (KASKEK) telah melaksanakan program Ihya Ramadhan 1434H. Program ini menjurus kepada tazkirah Ramadhan, Tadarus Al–Quran dan kelas asas tajwid.


Tadarus al - quran



BENGKEL CELIK IT SIRI 2/2013



Peserta bengkel blog JMGKPP 2/2013


Alor Setar- 29 Julai 2013: Seiring dengan kemajuan pesat teknologi sistem maklumat, JMGKPP juga tidak ketinggalan dalam menjayakan satu lagi bengkel pengendalian blog dan laman web jabatan. Kursus yang diadakan di Bilik Delima JMGKPP ini merangkumi penglibatan staf dari pelbagai unit di jabatan dan ia turut disertai oleh 4 pelajar praktikal. Objektif ia diadakan adalah untuk memahirkan para staf tentang tatacara pengendalian laman web dan blog, mengemaskini maklumat aktiviti yang dijalankan oleh jabatan serta bagi mewar-warkan program yang dirancang kepada orang ramai. Program sehari ini dikendalikan oleh Unit Pengurusan Maklumat JMG KPP dibawah seliaan En. Muhamad Mustadza B. Mazni, bertempat di Bilik Delima, JMG KPP.

Monday, August 6, 2012

Video Klip Ucapan & Sesi Fotografi Sempena Hari Raya Aidilfitri 1433H



Sesi Fotografi Bersama Warga JMG KPP Sempena Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1433H 
Pada 5 Ogos 2012 (Ahad)


Video Klip Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H & Salam Kemerdekaan Ke-55 Tahun
Daripada Warga JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang. 

Tuesday, July 17, 2012

INFO : BUKIT BUNUH TAPAK PALEOLITIK PENTING DUNIA

Penemuan bukti di Bukit Bunuh yang dijalankan sejak 2001 telah menjadikannya antara tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas empat kilometer persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu.

Sorotan Peristiwa Persidangan & Lawatan Galeri Arkeologi USM
Kajian yang telah dijalankan meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika dan mempunyai pentarikhan kronometrik yang telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong serta menjadikannya sebuah lembah arkeologi yang penting di dunia.

Penyelidikan di Bukit Bunuh juga telah menemukan bukti faktor kemusnahan budaya awal paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenal pasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan 'suevite' dan geologi kawasan.

Kapak genggam (handaxe) dalam Batuan Suevite Berusia 1.83 juta tahun (Kesan Meteorit) di Bukit Bunuh
Terdapat 16 pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar geologi dan arkeologi serta ucaptama yang akan disampaikan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Prof Dr Mokhtar Saidin, pakar meteorit dari Natural History Museum, Vienna, Austria Dr Ludovic Ferriere dan pakar arkeologi dari Deccan College, Pune, India Prof Dr Sheila Mishra sempena Persidangan Antarabangsa Arkeogeologi Pada 16-18 Julai 2012 di Eastin Hotel, Pulau Pinang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah