Dimaklumkan bahawa satu "Kursus Asas Membina Blog" peringkat JMGKPP akan diadakan pada 10hb Februari 2011 (Khamis), Jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Delima, JMG KPP. Kursus ini adalah anjuran Unit Pengurusan Maklumat sebagai memenuhi kursus 7 hari setahun. Sasaran adalah semua kakitangan atau semua ahli KASKEK JMGKPP yang berminat. Berikut adalah cadangan pengisian kursus asas membina blog :
a) Pengenalan Asas
b) Kepentingan/Keperluan Membina Blog dan
c) Hands-On (Praktikal)- Daftar, Templates, Column, Design, Teks, Video, Iklan Blog dll
Digalakkan peserta kursus membawa laptop & broadband sendiri untuk memudahkan sesi pembelajaran secara praktikal. Penceramah bimbingan iaitu En. Muhammad Mustadza Mazni (Bloggers MyeGoldDinar). Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Pengurusan Maklumat JMG KPP (En. Ismail Ghazali) untuk pendaftaran nama. Turut digalakkan semua ketua-ketua biro KASKEK JMGKPP melibatkan diri untuk sertai kursus ini sebagai pengetahuan dan pengisian maklumat melalui iKASKEK.Com. Sama-samalah kita menghadirinya.
*Tertakhluk kepada perubahan
*Tertakhluk kepada perubahan