Saturday, March 26, 2011

Taklimat Lawatan Ke Betong

Taklimat lawatan ke Betong kepada para peserta akan diadakan pada :


Tarikh : 28hb Mac 2011 (Isnin)

Tempat : Dewan Delima (JMG KPP)

Masa : 9.00 pagi

Kerjasama tuan/puan peserta untuk hadir ke taklimat ini adalah amat dihargai.

Wednesday, March 23, 2011

Temasya Sukan Sungai Sempena Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah 2011

Acara pertandingan perlumbaan perahu panjang akan diadakan pada 9.00 pagi 26hb Mac 2011 di Tanjung Chalee Alor Setar. KDYMM Sultan Kedah akan mencemar duli menghadirkan diri ke majlis ini.

Pelbagai kategori perlumbaan perahu panjang diadakan pada hari tersebut. Sudah tentu kategori yang paling ditunggu-tunggu adalah kategori perlumbaan  :

Pasukan Pendayung Pegawai Persekutuan Kedah (Fedrowers) 

vs
Pasukan Pendayung Pegawai Negeri Kedah
(KCS)


Ini kerana pada tahun ini pegawai JMGKPP iaitu En. Wan Salmi dan En. Mustadza telah dipilih untuk mewakili JMG dalam pasukan pegawai persekutuan Kedah yang terdiri dari pegawai persekutuan pelbagai agensi seperti ICU, MADA, FAMA, KBS, KEDA dan lain-lain lagi. Sesi latihan mendayung perahu panjang ini diadakan di empangan Jajar (MADA) iaitu bermula dari 14hb hingga 24 Mac 2011.

 Gambar Sesi Latihan Federal Rower Kedah.









Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai di sepanjang empangan Jajar hingga ke Tanjung Chalee untuk menyaksikan kehebatan aksi perlumbaan perahu panjang. 

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami Jepun 11-Mac-2011

TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pantai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.

Video tsunami di Jepun boleh ditonton dalam video di bawah :

(A). Semasa ombak tsunami melanda.


(B). Imej satelit sebelum dan selepas tsunami 


Kesan pasca tsunami ini telah mencetuskan fenomena yang lebih membimbangkan, dimana rakyat Jepun sekarang berhadapan dengan ancaman radiasi akibat letupan loji janakuasa nuklear di Daiichi, Fukushima. Kalau menurut pihak berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Jepun kini dinilai pada skala 6/7 bagi kemalangan nuklear, iaitu kurang 1 mata berbanding kemalangan Chernobyl 1986 (7/7) dan berada 1 mata di atas tahap kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania 1979 (skala 5/7).

Mujurlah, ancaman radiasi Tahap 4 mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa hanya meliputi kawasan loji itu sahaja. Faktor cuaca di Jepun menyebabkan kesan radiasi tidak tersebar secara meluas. Malaysia setakat ini juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan tahap radiasi.


Monday, March 14, 2011

iMotivasi : Mutiara Hati

"Ujian Allah tu datang dengan pelbagai cara; kemiskinan, penyakit, pangkat, darjat, kemewahan, ilmu, dan byk lagi..untuk melihat setakat mana kesabaran dan bersyukurnya HambaNYa kepada Allah... dan ramai org tak perasan bahawa kemewahan atau harta itu ujian Allah jua.."   RENUNG2LAH...

Monday, March 7, 2011

Info KASKEK : Cadangan Tentatif Lawatan Ke Betong, Thailand


Salam Lawatan Sambil Belajar Ke Betong, Thailand. Dimaklumkan bahawa tarikh cadangan sebelum ini ditunda kepada tarikh baru iaitu pada 6hb-8hb Mei 2011 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Berikut adalah makluman cadangan tentatif lawatan ke Betong, Thailand pada 6hb-8hb Mei 2011.

             Tarikh                                Masa                                 Butiran Aktiviti

           6/5/2011                             10.00 pg                    -Bertolak dari Alor Setar ke Betong, Thailand
           (Jumaat)                                                                -Bermalam di Betong, Thailand
                                                                                         *Penginapan satu bilik RM 85 (RM 42.50)

           7/5/2011                       9.00 pg- 6.00 ptg             -Lawatan ke Kem Komunis, Air Panas, 
            (Sabtu)                                                                  Taman Bunga
                                                                                        -Bertolak balik ke Pengkalan Hulu/Baling
                                                                                         *Bermalam di Pengkalan Hulu/Baling
                                                                                        *Penginapan RM 100 (RM 50)

           8/5/2011                       9.00 pg- 2.00 ptg             -Lawatan ke Kilang Batu Kapur di Baling
            (Ahad)                                                                  -Bertolak ke Alor Setar

Bagi melicinkan program ini satu perjumpaan khas kepada peserta KASKEK yang terlibat akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Tujuan perjumpaan ini bagi membentuk jawatankuasa kecil sepanjang berada disana nanti dan perbincangan pengangkutan, tambang dan lain-lain lagi secara terperinci. Diharapkan kepada peserta KASKEK yang terlibat dapat mengumpulkan dana asas sendiri khususnya RM 200.00 tidak termasuk kos perbelanjaan sendiri. Sama-samalah kita menjayakan program ini bagi manfaat ahli KASKEK JMGKPP. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Ku Zulkhairi atau En. Mustadza.

Info KASKEK : Klip Video "Visit Betong,Thailand"


Tuesday, March 1, 2011

iMotivasi : Pujian adalah......

Siapa yang tak suka akan pujian dan penghargaan? Cumanya persoalan layak atau tidak dan cara menerima dan memberi pujian itulah yg harus kita semak semula.

Apa Itu Pujian?
 
Pujian adalah penghargaan tapi bagi seorang muslim,pujian sebenarnya adalah ujian.Saya katakan ia sebagai ujian kerana dengan pujian yg menggunung ini,maka akan wujud 2 keburukan yg amat hina kpd org yg dipuji iaitu riak dan takbur.
Ujian Buat Org Yang Dipuji
 
Telah kita seringkali dengar akan hadis qudsi yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibn Majjah,Rasulallah bersabda bahawa Allah berfirman;"Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu.Sesiapa yg merebut salah 1 drpd keduanya maka akan Aku campakkannya ke dlm neraka!"

Org alim lah yg lebih dekat kpd kesombongan,kerana sejarah dan Al-Quran telah menukilkan peristiwa Iblis yg dihinakan oleh Allah kerana kesombongannya utk sujud hormat kpd Adam A.S.Maka hadis ini adalah ancaman keras bagi kita jika kita merasa diri kita baik dan bagus.

Jadi,apakah cara yg paling selamat utk memuji ?
 
Yang paling utama ialah Jangan berlebih-lebih.Larangan drpd berlebihan atau melampau ini bukan hanya terbatas dalam isu ini,sebaliknya dalam segala perkara.Apa yg pernah terjadi kpd org terdahulu,mereka terlalu menyanjungi salah seorang manusia drpd kaum mereka dan menyebabkan mereka sesat.

Umat terdahulu memuja Nabi Isa,Uzair,atau Gautama Buddha hinggakan mereka itu diangakat menjadi Tuhan.Umat sekarang pula telalu memuja artis,personaliti sukan,ahli politik dll.Mereka di 'idol' kan,sedangkan perkataan
idola itu bermaksud berhala.Jadi,tak banyak beza pun antara kesesatan kita dgn kesesatan mereka,kan?

Kedua,
pujian yg baik seharusnya dilakukan hanya di dalam hati.Tak perlu diluahkan kerana bimbang org yg kita puji itu ditimpa kecelakaan sbb pujian kita.Siapa tahu?Makanya,Rasulallah mengajar kpd kita,kalau kita menyukai kebaikan yg ada pada seseorang,maka kita doakan org itu dgn doa."Barakallah hu fik".Saya sendiri lebih memerlukan doa drpd anda yg kacak jelita,drpd pujian yg menyebabkan saya senyum hingga ke telinga tapi takde kebaikan bagi saya.

"Adakah ini bermaksud kita tak boleh puji orang?"

Tak!Tak! Rasulullah SAW juga seringkali puji para sahabat.Pujilah,dgn tujuan mahu membina persaudaraan,mengeratkan ukhuwah dan juga memperbaiki hubungan sesama kita.Pujian juga merupakan 1 ransangan,maka pujilah sekadar yg perlu shj.

Paling utama,utk memuji kita
perlu sandarkan pujian kita kpd Allah,kerana setiap kebaikan itu datang drpd Allah.Maka,Allah lebih berhak menerima pujian kerana Dia berkuasa mengubah keburukan menjadi kebaikan atau sebaliknya.
(ini dikira puji juga ke?)
 
Bagaimana pula dgn org yg menerima pujian?
 
Org yg menerima pujian seharusnya beristighfar banyak-banyak.Di samping itu,mereka juga seharusnya memperbaiki amalan kerana dibimbangi dicemari dengan sifat sombong dan riak itu tadi.Di kala ini,muhasabah diri sangat diperlukan.
Bentuk-bentuk Pujian
 
Kalau kita bukak Al-Quran,Allah tak sebut banyak pasal dosa,pasal haram judi,arak,zina dan larangan-larangan,sebaliknya Allah banyak sebut 'Ghafurr'-iaitu Maha Pemaaf.Ini adalah kerana Allah nak tekankan kpd manusia bahawa walau sebanyak manapun larangan Allah yang kita langgar atau sebanyak manapun dosa kita lakukan,Allah Maha Pengampun.Syaratnya taubat sekarang lah..kalau dah nak mati,tak diterima.

Maka dengan itu,kita telah melihat bentuk pujian pertama iaitu pujian Allah kpd diriNya.Bentuk pujian kedua pula ialah Allah kpd makhluk.Banyak sekali diceritakan dalam al-Quran pujian-pujian Allah kpd manusia,antaranya kpd org yg beriman dan kpd Nabi-nabi dan umat terdahulu.Satu contoh ialah dalam surah As-Saffat ayat 78-Allah memuji Nabi Nuh.Tak inginkah kita dipuji oleh Allah dgn gelaran
org beriman?
Bentuk ketiga pula ialah makhluk kpd Allah.Ini adalah ibadah dan lambang kedudukan kita sbg hamba.Dan bentuk terakhir pastinya pujian makhluk kpd makhluk.Kesimpulannya,berpada-pada dalam memuji,kerana pujian yg berlebihan hanya layak utk Allah sahaja.

iMotivasi : Tahukah Anda?

"Manusia yang berakal adalah manusia yang suka meminta nasihat". Saidina Umar Al-Khattab

"Harga seseorang itu adalah ilmu pengetahuannya". Saidina Ali Abi Talib

BERITA ZIARAH AHLI KASKEK

Ziarah Anak En. Ku Zulkhairi
Dimaklumkan bahawa satu lawatan atau ziarah oleh wakil Biro Ekonomi dan Kebajikan KASKEK  yang diketuai oleh En. Zamali b. Abd Wahab bersama En. Benyamin dan En. Nopazli pada tarikh 23hb Februari 2011 ke Wad 5B hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana menziarahi Ku Mohd Firdaus b. Ku Zulkhairi iaitu anak Naib Presiden KASKEK. Oleh itu, pihak KASKEK memohon kepada semua ahli KASKEK  mendoakan kesejahteraan keluarga beliau semoga anak En. Ku Zulkhairi sentiasa dalam keadaan sihat sediakala. AMIN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah