Jom pakat mendengar ayat-ayat al-quran yang dibacakan oleh En. Amirahman Abbas (Malaysia) yang mencipta sejarah negara menjadi JOHAN TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA 2011 baru-baru ini. Klip video ini untuk paparan bagi mereka yang tidak berkesempatan mendengar dan melihat pesertanya. Dengar sahaja pun kita dah dapat PAHALA apatahlagi membaca sambil memahaminya. Katanya JOHAN QARI/QARIAH menerima hadiah wang tunai RM 32,000. Bukan nilai wang yang menjadi keutamaan tetapi keikhlasan si membaca. Kebiasaanya apabila penganjuran pertandingan tilawah al-quran ini bermakna bulan ramadhan bakal menjelang tiba. Apa persiapan anda dalam menempuh puasa nanti? Insyallah, jika ada kelapangan dibulan ramadhan nanti marilah sama-sama berpakat membaca al-quran bagi menggandakan pahala kita. AMIN.
Monday, July 25, 2011
Info iKASKEK : Keputusan Pertandingan Bowling Antara Pegawai & Kakitangan JMG KPP Anjuran KASKEK
Seramai 16 peserta yang berdaftar diri dan sedia menyahut cabaran untuk menguji potensi masing-masing ke pertandingan bowling antara Pegawai & Kakitangan JMG KPP anjuran KASKEK pada 24hb Julai 2011 (Ahad) di Plaza Sentosa, Alor Setar. Berikut adalah keputusan pertandingan bowling antara Pegawai & Kakitangan JMG KPP anjuran KASKEK JMG KPP Bil.1/2011.
TOP 5
En. Nopazli Ramzi (LK)-375 mata
En. Erwan Ramli (Admin)-365 mata
En. Muhammad Mustadza Mazni (GS)-343 mata
En. Wan Salmi Wan Harun (GS)-342 mata
En. Mohd Gani Awang (GS)-337 mata
TOP 10
En. Mohamad Aszuan (PM)-319 mata
En. Ku Zullkhairi Ku Yahya (SM)-305 mata
Cik Hafzhoh (Admin)-305 mata
Pn. Chong Siew Yong (PM)-296 mata
En. Wan Bennyamin (LK)-273 mata
Sibuk tang mana bola nak balun ni |
Macam tak betoi ye markah kat skrin ni |
Perghhhh mantop da.. |
Conform mesti boleh strike ni |
Jom tengok! siapa yang kena ni |
TOP 16
En. Mohamad Faiz (GS)-272 mata
En. Mohamad Hasmuni (Admin)-272 mata
Pn. Nor Azalina (Admin)-257 mata
Pn. Nur Susila (PM)-250 mata
Tn. Zainol Husin (Admin)-229 mata
Pn. Shukriah (Admin)-213 mata
Che nak main sungguh-sungguh ni |
Alammmmak! trouble shooting da |
Steady brother boling |
Cayok! boleh menang ni |
Hishhhhh...ranking berapa da |
Semoga pertandingan ini mengeratkan siratulrahim antara kakitangan dan pegawai JMG KPP serta menghidupkan semangat kesukanan yang tidak berbelah bagi. "MAJULAH SUKAN UNTUK JMGKPP"
Wednesday, July 13, 2011
Info iKASKEK : Yang Mana Satu Pilihan KASKEK JMG KPP.........
Mohon kerjasama semua ahli KASKEK JMG KPP untuk membuat pilihan atau tanda setuju TEMPAT sempena mengadakan HARI KELUARGA KASKEK yang bakal diadakan nanti. Tarikh program berkenaan akan dimaklumkan kemudian setelah semua ahli KASKEK sepakat memilih satu tempat yang dipersetujui oleh Presiden KASKEK/AJK Tertinggi KASKEK melalui UNDIAN terbanyak. Berikut adalah senarai tempat yang dicadangkan :
A. GUNUNG JERAI, KUALA MUDA
Panorama dari Gunung Jerai Hill Resort B. PANTAI MERDEKA, KUALA MUDA |
Kemudahan Pantai Merdeka Beach Resort |
C. LATA MENGKUANG, SIK
Air Terjun dan Sekitaran Lata Mengkuang, Sik |
Sila maklumbalas jawapan pilihan ahli sama ada melalui ruang CHAT iKASKEK (dlm blog) atau email kaskekjmgkpp@gmail.com iaitu sama ada A , B atau C. Sila sertakan NAMA AHLI & PILIHAN TEMPAT. Sebarang cadangan, pertanyaan dan pengkongsian ilmu bersama ahli bolehlah diajukan melalui email kaskekjmgkpp@gmail.com atau di ruang Chat iKASKEK JMG KPP.
Sunday, July 10, 2011
Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban
Hadith : |
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari) Huraian 1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. 2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan 3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah : i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) iii. Bertaubat iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat. |
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
Info iKASKEK : Makluman Notis Mesyuarat Agung Tahunan MAKSAK Kedah Kali Ke-36 Tahun 2011
Di maklumkan bahawa satu Mesyuarat Agung Tahunan MAKSAK Kedah Kali Ke-36 Tahun 2011 akan diadakan pada 14 Julai 2011 (Khamis) di Bilik Gerakan Wisma Darul Aman, Alor Setar. Bagi pengesahan kehadiran ke mesyuarat berkenaan, pihak KASKEK telah melantik En. Ku Zullkhairi Ku Yahya (Naib Presiden) dan En. Muhammad Mustadza Mazni (Setiausaha) untuk menghadirinya.Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk mendengar laporan Tahunan MAKSAK, Kewangan, Pemilihan AJK Kerja Tahun 2011/2012, dan hal-hal lain.
Info iKASKEK : Tahniah! Kepada Wakil JMG KPP Ke Sukan NRE Pada 15-17 Julai 2011
Tahniah!! kepada Wakil JMG KPP yang berjaya terpilih mewakili Pasukan JMG ke Sukan NRE pada 15-17 Julai 2011 di KL. Acara pertandingan yang diwakili ialah acara bola tampar (wanita), futsal (lelaki) dan snooker (lelaki). Berikut adalah senarai nama wakil JMG KPP yang terpilih :
En. Khairul Nizam Borhan (Snooker) |
En. Mohamad Aszuan (Futsal) |
En. Fauat (Futsal) |
Cik Hafzhoh Abd Rahman (Bola Tampar) |
Semoga mereka terus berjaya dan mengharumkan nama jabatan melalui semangat kesukanan. "MAJULAH SUKAN UNTUK JMG"
Wednesday, July 6, 2011
Info iKASKEK : Selamat Hari Lahir Bulan Jun & Julai
Di kesempatan ini pihak KASKEK mengucapkan Happy Birthday @ Selamat Hari Lahir kepada Ahli KASKEK yang lahir pada bulan Jun & Julai.Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Berikut adalah senarai ahli KASKEK yang lahir bulan Jun & Julai :
Bulan Jun :
1. En. Che Aziz Che Soh (19.6.1960)
2. Pn. Nur Susila Md. Saaid (4.6.1975)
3. En. Mohd Gani Awang (4.6.1961)
4. En. Mohd Fauat Sulaiman (3.6.1972)
Bulan Julai :
1. En. Engah Mamat (12.7.1958)
2. En. Wan Bennyamin Rosli (13.7.1983)
3. En. Mohd Hasmuni Hj Md Sukor (23.7.1981)
4. En. Razif Osman (19.7.1979)
SOROTAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING ANJURAN KASKEK JUN 2011
Daftar Pasukan Bowling |
Piala kejohanan tenpin bowling anjuran KASKEK |
Pemanas bowling dulu sebelum pertandingan |
Urusetia KASKEK |
Pasukan bowling memulakan permainan |
Ucapan Pengerusi KASKEK JMG KPP, Tn. Hj Zainol Husin |
Bersama Pasukan Tenpin Bowling |
Urusetia Tenpin Bowling & Wakil JMG KPP |
Urusetia KASKEK |
Lengkap dengan beg bowling |
Sabar menanti keputusan pertandingan |
Urusetia sedang menguruskan makanan pasukan |
Wakil KASKEK pertandingan tenpin bowling |
Padang Tenpin Bowling di Plaza Sentosa, Alor Setar |
Penyampaian hadiah oleh Pengarah Program |
Urusetia KASKEK |
Peserta termuda tenpin bowling...acah je |
Markah tertinggi kot?.... |
Perasmian kejohanan oleh Pengerusi KASKEK |
Subscribe to:
Posts (Atom)