Monday, August 8, 2011

Kakitangan Awam Dapat Bonus Raya


Alhamdulillah, kakitangan awam dapat juga akhirnya bonus raya tahun ini. Seperti biasa, kebanyakkan kita khususnya kakitangan awam sudah mula menconggak duit bonus atau membelek-belek duit yang akan dipakai nanti untuk membeli keperluan hari raya nanti. Hari ini pun, kalau masuk pejabat dari pagi hingga ke petang dok cerita pasal bonus ye. Maklumlah, cerita BONUS katakan. Nak beli baju raya 10 pasang, kasut 5 pasang, 2 set sofa dan lain-lain lagi keperluan. Biar betul!!!! takkan semua duit BONUS kita nak habiskan semuanya. Harus diingat!! kepada rakan-rakan sepejabat, bahawa BONUS yang diperolehi itu jangan sampai habis digunakan. Gunakanlah sebaik yang mungkin jangan sampai hari mendatang kita menyesal pulak. Kita tidak mahu melihat masih kedapatan kakitangan awam MEMINJAM ALONG, TAMBAH KAD KREDIT sampai MUFLIS, BERGAYA LEBIH tetapi hakikatnya tiada WANG. Jadi, simpanlah untuk bekalan akan datang atau kecemasan pada bila-bila masa yang diperlukan. 

Persoalannya, mungkinkah dapat BONUS lagi? Sepatutkah kita habiskan semua BONUS tu? Jawapannya sudah ada ditangan anda dan anda yang sesuai menjawabnya. Apabila bercerita mengenai BONUS ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan bahawa kita perlu menyimpan sebahagian kecil BONUS tu atau menggunakannya mengikut keperluan sebenar melainkan GAJI kita benar-benar terlebih. Kita perlu BIJAK membezakan yang mana satu KEINGINAN atau KEPERLUAN. Andakah anda tahu? EKONOMI semasa DUNIA yang tidak begitu memberangsangkan lebih-lebih lagi MERUNDUMNYA saham-saham semasa kesan KREDIT (HUTANG) USD AMERIKA. Boleh jadi juga kesannya terpaut kepada NEGARA KITA? Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan agar kita sentiasa beringat-ingat menyimpan/melabur sedikit demi untuk kesejahteraan keluarga kita yang KESANYA berbaloi-baloi dimasa depan anda. Nasihat ini sekadar satu pengkongsian sahaja. Jika ia SESUAI gunakanlah, jika tidak ABAIKANNYA. SELAMAT BERPUASA!!!

Sunday, August 7, 2011

Cebisan Hadith Mengenai Ramadhan Al-Mubarak


Hadith 1
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

Hadith 2
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)
 
Hadith 3
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Hadith 4
Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Hadith 5
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Saturday, August 6, 2011

Suara Gema Ramadhan Al-Mubarak

Kenangan Hari Raya Aidilfitri JMG KPP 1431H

Majlis Tahlil Arwah Bonda En. Ahmad Zamani Samat

Pada tarikh 3hb Ogos 2011 (Rabu), Jam 4.00 petang di surau JMG KPP telah berlangsungnya Majlis Tahlil anjuran KASKEK JMG KPP. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghormati pemergian bonda En. Ahmad Zamani Samat (PK) pada 21/7/2011 baru-baru ini. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh bonda En. Ahmad Zamani. Diakhir majlis berkenaan, pihak KASKEK JMG KPP telah menyediakan juadah ringkas iaitu bungkusan murtabak special kepada ahli KASKEK yang hadir utk berbuka puasa nanti. Semoga majlis seperti ini diteruskan pada masa-masa akan datang disamping meningkatkan ukhwah persaudaraan sesama kakitangan JMG KPP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah