Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Lahir Bulan Ogos & September

Di kesempatan ini pihak KASKEK mengucapkan Happy Birthday @ Selamat Hari Lahir kepada Ahli KASKEK yang lahir pada bulan Ogos & September. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Berikut adalah senarai ahli KASKEK JMG KPP yang lahir bulan Ogos & September :

Bulan Ogos :
1. En. Mohd Zawawi Mustafa (12.8.1971)
2. Cik. Zamila Abd Rahman (30.8.1975)

Bulan September :
1. Tn. Hj Zainol Husin (2.9.1956)
2. En. Khazari Ahmad (21.9.1955)

Tuesday, September 6, 2011

Info KASKEK : Mesyuarat Hari Keluarga JMG KPP Bil.1/2011

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK Tertinggi KASKEK JMGKPP Bil.2/2011 akan diadakan pada tarikh 15hb September 2011 (Khamis). Diharap semua AJK Tertinggi yang dilantik dapat menghadirkan diri. Berikut adalah maklumat ringkas mesyuarat berkenaan :

Tarikh Mesyuarat : 15hb September 2011 / 17 Syawal 1432H
Hari : Khamis
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Delima, JMG KPP

AGENDA MESYUARAT

1. Kata-kata Aluan Presiden KASKEK JMGKPP
2. Pelaporan ringkas aktiviti-aktiviti tahun 2011
3. Sambutan Hari Keluarga KASKEK JMGKPP & Perlantikan Urusetia*
4. Hal-hal lain

Nota : - a) Mohon AJK bersedia cadangan tarikh, urusetia dan pelaksanaan*
             b) Sila klik untuk download Agenda Mesyuarat 15/9/2011

Salam Takziah Kepada En. Erwan Ramli & Keluarganya

En. Erwan Ramli
Salam Takziah, kepada En. Erwan Ramli dan keluarganya diatas permergian arwah anaknya yang baru dilahir pada 1 Syawal 1432H baru-baru ini. Dimaklumkan bahawa anaknya meninggal jam 5.00 pagi tadi (7/9/2011) di Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar dan dikebumikan selepas waktu zohor. Mohon kerjasama semua ahli-ahli berkesempatan pakat-pakat menziarahi beliau di Taman Puyu, Jln Suka Menanti, Alor Setar. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh anaknya..Amin. AL-FATIHAH!

Tawaran Salam Aidilfitri Melalui Gambarfoto Ahli KASKEK

Kepada semua ahli KASKEK JMGKPP yang berminat untuk posting blog terbuka gambarfoto keluarga ahli sempena kenangan Hari Raya Aidilfitri 1432H. Ahli-ahli bolehlah berbuat demikian dengan menghantar gambarfoto keluarga ke email kaskekjmgkpp@gmail.com. Semoga melalui program POSTING BLOG menambahkan keceriaan blog kaskekjmgkpp dan perkongsian maklumat sesama ahli. Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah