Monday, July 25, 2011

Info Agama : Malaysia Catat Sejarah 1432 Hijrah

Jom pakat mendengar ayat-ayat al-quran yang dibacakan oleh En. Amirahman Abbas (Malaysia) yang mencipta sejarah negara menjadi JOHAN TILAWAH AL-QURAN ANTARABANGSA 2011 baru-baru ini. Klip video ini untuk paparan bagi mereka yang tidak berkesempatan mendengar dan melihat pesertanya. Dengar sahaja pun kita dah dapat PAHALA apatahlagi membaca sambil memahaminya. Katanya JOHAN QARI/QARIAH menerima hadiah wang tunai RM 32,000. Bukan nilai wang yang menjadi keutamaan tetapi keikhlasan si membaca. Kebiasaanya apabila penganjuran pertandingan tilawah al-quran ini bermakna bulan ramadhan bakal menjelang tiba. Apa persiapan anda dalam menempuh puasa nanti? Insyallah, jika ada kelapangan dibulan ramadhan nanti marilah sama-sama berpakat membaca al-quran bagi menggandakan pahala kita. AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah