Alhamdulillah, kakitangan awam dapat juga akhirnya bonus raya tahun ini. Seperti biasa, kebanyakkan kita khususnya kakitangan awam sudah mula menconggak duit bonus atau membelek-belek duit yang akan dipakai nanti untuk membeli keperluan hari raya nanti. Hari ini pun, kalau masuk pejabat dari pagi hingga ke petang dok cerita pasal bonus ye. Maklumlah, cerita BONUS katakan. Nak beli baju raya 10 pasang, kasut 5 pasang, 2 set sofa dan lain-lain lagi keperluan. Biar betul!!!! takkan semua duit BONUS kita nak habiskan semuanya. Harus diingat!! kepada rakan-rakan sepejabat, bahawa BONUS yang diperolehi itu jangan sampai habis digunakan. Gunakanlah sebaik yang mungkin jangan sampai hari mendatang kita menyesal pulak. Kita tidak mahu melihat masih kedapatan kakitangan awam MEMINJAM ALONG, TAMBAH KAD KREDIT sampai MUFLIS, BERGAYA LEBIH tetapi hakikatnya tiada WANG. Jadi, simpanlah untuk bekalan akan datang atau kecemasan pada bila-bila masa yang diperlukan.
Persoalannya, mungkinkah dapat BONUS lagi? Sepatutkah kita habiskan semua BONUS tu? Jawapannya sudah ada ditangan anda dan anda yang sesuai menjawabnya. Apabila bercerita mengenai BONUS ini, saya terpanggil untuk berkongsi dengan rakan-rakan bahawa kita perlu menyimpan sebahagian kecil BONUS tu atau menggunakannya mengikut keperluan sebenar melainkan GAJI kita benar-benar terlebih. Kita perlu BIJAK membezakan yang mana satu KEINGINAN atau KEPERLUAN. Andakah anda tahu? EKONOMI semasa DUNIA yang tidak begitu memberangsangkan lebih-lebih lagi MERUNDUMNYA saham-saham semasa kesan KREDIT (HUTANG) USD AMERIKA. Boleh jadi juga kesannya terpaut kepada NEGARA KITA? Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan agar kita sentiasa beringat-ingat menyimpan/melabur sedikit demi untuk kesejahteraan keluarga kita yang KESANYA berbaloi-baloi dimasa depan anda. Nasihat ini sekadar satu pengkongsian sahaja. Jika ia SESUAI gunakanlah, jika tidak ABAIKANNYA. SELAMAT BERPUASA!!!