Monday, August 6, 2012

Video Klip Ucapan & Sesi Fotografi Sempena Hari Raya Aidilfitri 1433H



Sesi Fotografi Bersama Warga JMG KPP Sempena Ucapan Hari Raya Aidilfitri 1433H 
Pada 5 Ogos 2012 (Ahad)


Video Klip Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H & Salam Kemerdekaan Ke-55 Tahun
Daripada Warga JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang. 

Tuesday, July 17, 2012

INFO : BUKIT BUNUH TAPAK PALEOLITIK PENTING DUNIA

Penemuan bukti di Bukit Bunuh yang dijalankan sejak 2001 telah menjadikannya antara tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas empat kilometer persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu.

Sorotan Peristiwa Persidangan & Lawatan Galeri Arkeologi USM
Kajian yang telah dijalankan meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika dan mempunyai pentarikhan kronometrik yang telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong serta menjadikannya sebuah lembah arkeologi yang penting di dunia.

Penyelidikan di Bukit Bunuh juga telah menemukan bukti faktor kemusnahan budaya awal paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenal pasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan 'suevite' dan geologi kawasan.

Kapak genggam (handaxe) dalam Batuan Suevite Berusia 1.83 juta tahun (Kesan Meteorit) di Bukit Bunuh
Terdapat 16 pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar geologi dan arkeologi serta ucaptama yang akan disampaikan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Prof Dr Mokhtar Saidin, pakar meteorit dari Natural History Museum, Vienna, Austria Dr Ludovic Ferriere dan pakar arkeologi dari Deccan College, Pune, India Prof Dr Sheila Mishra sempena Persidangan Antarabangsa Arkeogeologi Pada 16-18 Julai 2012 di Eastin Hotel, Pulau Pinang.

Wednesday, July 4, 2012

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Persidangan JMG 2012 di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia dan Persidangan JMG 2012 telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Amar Amar Hj. Awang Tengah B. Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar merangkap Menteri Kemudahan Awam Dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak pada 19 Jun 2012. Seramai 85 orang warga JMG telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011.

Penerima Anugerah APC Tahun 2011
Dalam ucapan perasmiannya beliau menyebut JMG mempunyai peranan besar dalam mengurangkan masalah kekurangan bekalan sumber air bersih kepada penduduk-penduduk di kawasan pedalaman dan kawasan yang mengalami krisis air. di Sarawak. JMG telah deberikan peruntukan RM 14.43 juta oleh Kementerian Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah (KKLW) untuk melaksanakan projek air graviti untuk 93 buah rumah panjang. JMG membantu Kementerian Pelajaran Malaysia menyelenggarakan telaga-telaga tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) di sekolah-sekolah luar bandar. Di bawah Program Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar, Sarawak, JMG telah membantu Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) menggerudi dan membina sebuah telaga tiub di Kuala Baram dengan peruntukkan RM 500,000.

Persidangan JMG 2012 berlangsung pada 19-22 Jun 2012. Persidangan kali ini adalah rentetan persidangan yang telah diadakan di Shah Alam (2010), Kota Bharu (2008), Cameron Highland (2006) dan Seremban (2004). Tema Persidangan ialah ”Geosains Dalam Kehidupan Seharian”. Sebanyak 36 kertas kerja iaitu 28 pembentangan lisan dan 8 pembentangan poster telah dipilih. Antara bidang pengkhususan meliputi Sumber Mineral, Analisis Kimia, Air Tanah, Geologi kejuruteraan, Geologi Marin, Pemetaan Geologi, Warisan Geologi, geofizik, lombong & kuari dan Penyelidikan & Pembangunan. Selain itu 2 kertas ucaptama juga dibentangkan. Secara keseluruhannya kualiti kertas teknikal yang bentangkan bertambah baik dan terdapat peningkatan penyertaan dalam pembentangan oleh pegawai-pegawai baru dan menjadi galakan kepada pegawai-pegawai lain pada masa akan datang.

Beberapa program telah turut diadakan sempena Majlis APC2012 dan Persidangan JMG 2012. Antaranya lawatan para penerima APC ke sekitar bandaraya Kuching, makan malam meraikan penerima APC 2011 di Dewan Suarah Kching, pertandingan sukan antara peserta persidangan, , lawatan peserta Persidangan ke Bau dan Lundu serta makan malam sempena Persidangan.

Saturday, May 12, 2012

Renungan Bersama Nilai Kasih Sayang Seorang Ibu

Selamat Hari Lahir !! Ahli KASKEK JMGKPP Pada Bulan April & Mei


EN. MOHAMAD SARI HASAN (10.5.**)
EN. MUHAMMAD MUSTADZA MAZNI (12.5.**)
EN. WAN SALMI WAN HARUN (23.4.**)
EN. BADROL MOHAMAD (14.4.**)
EN. AZIHAN MAT ARSHAD (12.5.**)
EN. KHALID MAT ARSHAD (3.5.**)
EN. JOHARI OMAR (5.4.**)
EN. KHAIRUL NIZAM BOHARI (30.4.**)
PN. NOR AZALINA GHAZALI (30.5.**)
CIK. HAFZHOH ABD RAHMAN (16.2.**)
EN. ERWAN RAMLI (30.5.**) 

Makluman Ahli-Ahli KASKEK JMG KPP Bagi Yuran Keahlian Tahun 2011/2012

Tahun 2011
Tahun 2012
Mohon semua ahli KASKEK JMG KPP membuat semakan atau kemaskini yuran masing-masing seperti paparan nama jadual diatas yang tertunggak mulai tahun 2011 dan 2012 (KLIK JADUAL). Kerjasama semua ahli dalam menyelesaikan yuran KASKEK membantu J/K KASKEK dalam merancang aktiviti pada tahun ini. Untuk bayaran yuran berkenaan, sila rujuk kepada Bendahari (En. Wan Salmi). Harap maklum

Nota : Jika ada permintaan semua ahli boleh membayar yuran secara online?

 Bendahari KASKEK

Tuesday, March 13, 2012

SELAMAT HARI LAHIR AHLI KASKEK JMGKPP BULAN JANUARI, FEB & MAC


EN. AHMAD ZAMANI BIN SAMAT (10.3.**)
PN. SALASIAH BINTI PAJRI  @ BAJURI (31.3.**)
EN. ZAMALI BIN WAHAB (5.1.**)
EN. ABU BAKAR SIDDIK BIN ABIDAH (21.1.**)
EN. KU ZULLKHAIRI BIN KU YAHYA (8.2.**)
PN. CHONG SIEW YONG (15.3.**)
EN. MOHAMAD ASZUAN BIN AHAMAD SAPIAN (17.3.**)
EN. ABD MANAB BIN SHAARI (12.2.**)
EN. NORRIZAM BIN MD RAZUKI (5.1.**)
EN. MOHD NAZRIE BIN MAT RADZI (16.2.**)

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KEMPEN CARA HIDUP SIHAT DAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING 2012 JKM

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Kedah akan menganjurkan satu kejohanan Tenpin Bowling Sempena Kempen Kesihatan pada 7 April 2012 (Sabtu) Di Kedah Bowl, City Plaza, Alor Setar. Sekiranya ahli-ahli KASKEK JMG KPP berminat untuk mewakili Jabatan ke pertandingan berkenaan boleh berhubung terus kepada En. Ismail Ghazali (Ketua Biro Sukan) atau En. Ku Zulkhairi Ku Yahya (Naib Pengerusi) untuk tindakan selanjutnya seperti Borang Pendaftaran dan Pembayaran penyertaan. Untuk keterangan lanjut pihak penganjur ahli yang berminat boleh juga berhubung terus kepada urusetia berkenaan iaitu Dr. Latifah (019-5436688) & En. Badrul (012-6273227) dari JKM Kedah. Tarikh tutup permohonan sebelum 3 April 2012 (Selasa). Harap maklum

MARI MENCARI MOTIVASI DIRI

SEDUTAN MENCARI MOTIVASI DIRI...RENUNGKANLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah