Tuesday, July 17, 2012

INFO : BUKIT BUNUH TAPAK PALEOLITIK PENTING DUNIA

Penemuan bukti di Bukit Bunuh yang dijalankan sejak 2001 telah menjadikannya antara tapak Paleolitik terpenting di dunia kerana mendedahkan sebuah kompleks Paleolitik seluas empat kilometer persegi dengan pentarikhan lebih 1.83 juta tahun, 40,000 dan 30,000 tahun dahulu.

Sorotan Peristiwa Persidangan & Lawatan Galeri Arkeologi USM
Kajian yang telah dijalankan meletakkan Bukit Bunuh sebagai tapak tertua dunia yang berada di luar Afrika dan mempunyai pentarikhan kronometrik yang telah mengukuhkan lagi bukti prasejarah di Lembah Lenggong serta menjadikannya sebuah lembah arkeologi yang penting di dunia.

Penyelidikan di Bukit Bunuh juga telah menemukan bukti faktor kemusnahan budaya awal paleolitik ini akibat jatuhan meteorit pada 1.83 juta tahun dahulu yang telah dikenal pasti melalui bukti geomorfologi, kehadiran batuan 'suevite' dan geologi kawasan.

Kapak genggam (handaxe) dalam Batuan Suevite Berusia 1.83 juta tahun (Kesan Meteorit) di Bukit Bunuh
Terdapat 16 pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar geologi dan arkeologi serta ucaptama yang akan disampaikan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Prof Dr Mokhtar Saidin, pakar meteorit dari Natural History Museum, Vienna, Austria Dr Ludovic Ferriere dan pakar arkeologi dari Deccan College, Pune, India Prof Dr Sheila Mishra sempena Persidangan Antarabangsa Arkeogeologi Pada 16-18 Julai 2012 di Eastin Hotel, Pulau Pinang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah