Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Jabatan Mineral Dan
Geosains Malaysia dan Persidangan JMG 2012 telah disempurnakan
perasmiannya oleh YB Datuk Amar Amar Hj. Awang Tengah B. Bin Ali Hassan,
Menteri Perancangan Sumber Dan Alam Sekitar merangkap Menteri Kemudahan
Awam Dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak di Hotel Pullman,
Kuching, Sarawak pada 19 Jun 2012. Seramai 85 orang warga JMG telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2011.
Dalam ucapan perasmiannya beliau menyebut JMG mempunyai peranan besar
dalam mengurangkan masalah kekurangan bekalan sumber air bersih kepada
penduduk-penduduk di kawasan pedalaman dan kawasan yang mengalami krisis
air. di Sarawak. JMG telah deberikan peruntukan RM 14.43 juta oleh
Kementerian Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah (KKLW) untuk melaksanakan
projek air graviti untuk 93 buah rumah panjang. JMG membantu Kementerian
Pelajaran Malaysia menyelenggarakan telaga-telaga tiub dan Sistem
Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR) di sekolah-sekolah luar bandar. Di
bawah Program Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar, Sarawak, JMG
telah membantu Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) menggerudi dan
membina sebuah telaga tiub di Kuala Baram dengan peruntukkan RM 500,000.
Persidangan JMG 2012 berlangsung pada 19-22 Jun 2012. Persidangan
kali ini adalah rentetan persidangan yang telah diadakan di Shah Alam
(2010), Kota Bharu (2008), Cameron Highland (2006) dan Seremban (2004).
Tema Persidangan ialah ”Geosains Dalam Kehidupan Seharian”. Sebanyak 36
kertas kerja iaitu 28 pembentangan lisan dan 8 pembentangan poster telah
dipilih. Antara bidang pengkhususan meliputi Sumber Mineral, Analisis
Kimia, Air Tanah, Geologi kejuruteraan, Geologi Marin, Pemetaan Geologi,
Warisan Geologi, geofizik, lombong & kuari dan Penyelidikan &
Pembangunan. Selain itu 2 kertas ucaptama juga dibentangkan. Secara
keseluruhannya kualiti kertas teknikal yang bentangkan bertambah baik
dan terdapat peningkatan penyertaan dalam pembentangan oleh
pegawai-pegawai baru dan menjadi galakan kepada pegawai-pegawai lain
pada masa akan datang.
Beberapa program telah turut diadakan sempena Majlis APC2012 dan
Persidangan JMG 2012. Antaranya lawatan para penerima APC ke sekitar
bandaraya Kuching, makan malam meraikan penerima APC 2011 di Dewan
Suarah Kching, pertandingan sukan antara peserta persidangan, , lawatan
peserta Persidangan ke Bau dan Lundu serta makan malam sempena
Persidangan.