Alor Setar- 29 Julai 2013: Seiring dengan
kemajuan pesat teknologi sistem maklumat, JMGKPP juga tidak ketinggalan dalam
menjayakan satu lagi bengkel pengendalian blog dan laman web jabatan. Kursus yang
diadakan di Bilik Delima JMGKPP ini merangkumi penglibatan staf dari pelbagai
unit di jabatan dan ia turut disertai oleh 4 pelajar praktikal. Objektif ia diadakan
adalah untuk memahirkan para staf tentang tatacara pengendalian laman web dan blog,
mengemaskini maklumat aktiviti yang dijalankan oleh jabatan serta bagi mewar-warkan
program yang dirancang kepada orang ramai. Program sehari ini dikendalikan oleh
Unit Pengurusan Maklumat JMG KPP dibawah seliaan En. Muhamad Mustadza B. Mazni,
bertempat di Bilik Delima, JMG KPP.
Dengan adanya bengkel seumpama ini, diharapkan agar laman
web JMGKPP dapat dikemaskini dari masa ke semasa dengan lebih aktif lagi. Oleh
itu, secara tidak langsung semua kakitangan akan lebih cakna dengan
perkembangan terkini aktiviti jabatan. Diharapkan program yang baik sebegini
dapat diteruskan dan dijalankan secara berkala sebagai pengisian kalendar latihan
jabatan dalam memantapkan kemahiran kakitangan khususnya di bidang IT.