Monday, July 29, 2013

MENGHIDUPKAN RAMADHAN

Alor Setar – 29 Julai 2013, Kelab Sukan dan Kebajikan (KASKEK) telah melaksanakan program Ihya Ramadhan 1434H. Program ini menjurus kepada tazkirah Ramadhan, Tadarus Al–Quran dan kelas asas tajwid.


Tadarus al - quran





Tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman bin Omar pada 14 Julai 2013, Ustaz Zamri bin Hashim pada 16 Julai 2013 dan Ustaz Izzad Hambali bin Hj. Hamzah pada 28 Julai 2013 bertempat di Dewan Delima. Program ini dikendalikan oleh En. Badrol bin Mohammad, Timbalan Pengarah Geosains.




Menyambut ketibaan ustaz


Tadarus Al–Quran dibuat pada waktu rehat tengahari dari jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang, diketuai oleh En Hamdan bin Ariffin, Timbalan Pengarah Sumber Mineral. Seramai lapan kakitangan JMGKPP telah turut serta program tersebut yang dibuat setiap hari bekerja di surau JMGKPP.

Kelas asas tajwid telah di adakan setiap hari selasa sepanjang Ramadhan. Kelas ini dipimpin oleh En. Juna Azleen Bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Lombong & Kuari. Seramai 20 orang kakitangan telah menyertai program ini yang bertempat di bilik Delima.

Harapan kami, semoga usaha kerja program Ihya Ramadhan dapat memenuhi tuntutan Ramadhan dalam mencari Lailatul Qadar 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah