Monday, January 31, 2011

Info iKASKEK : Kursus Asas Membina Blog (KUSAB)

Dimaklumkan bahawa satu "Kursus Asas Membina Blog" peringkat JMGKPP akan diadakan pada 10hb Februari 2011 (Khamis), Jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Delima, JMG KPP. Kursus ini adalah anjuran Unit Pengurusan Maklumat sebagai memenuhi kursus 7 hari setahun. Sasaran adalah semua kakitangan atau semua ahli KASKEK JMGKPP yang berminat. Berikut adalah cadangan pengisian kursus  asas membina blog :

a) Pengenalan Asas
b) Kepentingan/Keperluan Membina Blog dan
c) Hands-On (Praktikal)-  Daftar, Templates, Column, Design, Teks, Video, Iklan Blog dll

Digalakkan peserta kursus membawa laptop & broadband sendiri untuk memudahkan sesi pembelajaran secara praktikal. Penceramah bimbingan iaitu En. Muhammad Mustadza  Mazni (Bloggers MyeGoldDinar). Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Pengurusan Maklumat JMG KPP (En. Ismail Ghazali) untuk pendaftaran nama. Turut digalakkan semua ketua-ketua biro KASKEK JMGKPP melibatkan diri untuk sertai kursus ini sebagai pengetahuan dan pengisian maklumat melalui iKASKEK.Com. Sama-samalah kita menghadirinya.
*Tertakhluk kepada perubahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah