Thursday, January 6, 2011

Info KASKEK : Perancangan Aktiviti KASKEK Tahun 2011

Hasil perbincangan mesyuarat AJK Induk KASKEK Bil.1/2011 telah memutuskan beberapa perubahan dalam AJK Biro dan perancangan aktiviti tahun 2011. Berikut adalah perubahan dan perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan

a) Penjenamaan semula AJK Biro KASKEK iaitu Biro Sukan dan Rekreaasi, Biro Ekonomi dan Kebajikan, Biro Agama & Biro HELWA. Jika sebelum ini JMG KPP telah mewujudkan AJK Surau jabatan maka berkuatkuasa tarikh 5/1/2011, AJK Surau berkenaan dimansuhkan dan digantikan dengan Biro Agama KASKEK. Segala perancangan aktiviti surau jabatan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Agama KASKEK. Berikut adalah senarai nama AJK Biro KASKEK 2011/2012 :

             i. Biro Sukan dan Rekreasi : En. Ismail b. Ghazali (Ketua)
                                                   En. Mohamad Aszuan b. Ahamad Sapian
                                                   En. Mohd Fauat b. Sulaiman

            ii. Biro Ekonomi dan Kebajikan : En. Ku Zulkhairi b. ku Yahya (Ketua)
                                                           En. Zamali b. Abd Wahab
                                                           En. Wan Bennyamin b. Rosli

           iii. Biro Agama   : En. Ishak b. Ahmad (Ketua)
                                     En. Azihan b. Mat Arshad

          iv.  Biro HELWA : Pn. Nor Azalina bt. Ghazali (Ketua)
                                    Pn. Nor Hashimah bt. Hashim

b) Berikut perancangan & cadangan ringkas aktiviti KASKEK tahun 2011 :

  •  Kejohanan Bowling (Terbuka) Anjuran KASKEK
  •  Hari Keluarga KASKEK Pada 17-18hb September 2011
  •  Lawatan Sambil Belajar (LASBELA)
  •  Ceramah Bulanan (Pentadbiran & Biro Agama)
  •  Kad Ucapan tahniah & kelahiran kepada ahli KASKEK
  •  Sistem Email & Blog
  •  Pengumpulan pakaian terpakai utk program DERMA
  •  Keceriaan papan kenyataan KASKEK/Berita semasa KASKEK
  •  Saluran segera kewangan (musibah,cemerlang,dll) kepada ahli KASKEK
  •  Sukan Dwitahunan (Mingguan, Bulanan dll)
  •  Program bersama pelajar sekolah  
Walaubagaimanapun semua aktiviti yang dirancang bergantung kepada sumber kewangan yg mencukupi serta komitmen semua AJK dan ahli KASKEK JMG KPP. Diharapkan KASKEK JMG KPP akan terus menjalankan aktiviti berterusan bagi memastikan manfaat dan kepentingan bersama dalam kalangan ahli KASKEK.

 
                                                         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah