Tuesday, January 11, 2011

Info KASKEK : Tawaran Hebat Lawatan Sambil Belajar ke Betong, Thailand (LASBELA)

Tawaran terbuka kepada semua ahli KASKEK JMG KPP untuk lawatan ke Betong, Thailand. Cadangan tarikh lawatan ialah pada 29hb April 2011 hingga 1hb Mei 2011 (3 hari 2 malam). Kos tambang ke sana hanya RM200 sahaja termasuk kos pengangkutan, penginapan dll (setakat ini) Sungguh Murah!!. Jadi, kepada ahli-ahli KASKEK yang sangat berminat nak ke Betong, Thailand bolehlah hantar Nama Penuh, No. IC, No. H/p, Email terus ke email kaskekjmgkpp@gmail.com  untuk tujuan proses permohonan ke luar negara (NRE) secara berkumpulan. Lawatan ini akan diketuai oleh Presiden KASKEK JMG KPP. Berikut cadangan lawatan ke tempat-tempat menarik di Betong, Thailand :

  • Piya Mit Tunnel (Terowong Kem Komunis Malaya),  
  • Betong Hot Spring (Kolam Air Panas Betong),  
  • Betong Municipality Park (Taman Bunga),  
  • Betong Mongkollit Tunnel, The Largest Mail Box in Thailand (Peti Surat Terbesar di Thailand),   
  • Clock Tower (Menara Jam Bandar Betong), 
  • Namtok Bu Ke Pilo (Air Terjun Bu Ke Pilo),  
  • Tham Krachaeng (Gua Krachaeng),  
  • Bala-Hala Forest (Hutan Bala-Hala),  
  • Sanam Chang Phueak Park (Taman Padang Gajah Putih),  
  • Phra Mahathat Chedi Phra Phutthathammaprakat dan  
  • Sakai Village (Kampung Sakai) di Tambon Ban Rae
Bagi bayaran tambang RM200 tersebut boleh dibayar 1 @ 2 minggu sebelum tarikh ke Betong, Thailand. Jadi, digalakkan kepada "peminat suka berjalan" untuk mengumpul duit dari bulan sekarang agar tidak membebankan pada masa akan datang. Sekiranya ada dalam kalangan ahli KASKEK yang ingin membayar secara bulanan atau sebaliknya sebelum tempoh lawatan ke Betong, Thailand bolehlah bayar kepada Bendahari KASKEK untuk tujuan simpanan kutipan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEBELUM 31HB JANUARI 2011
JANGAN LUPA EMAILKAN BUTIRAN ANDA KEPADA kaskekjmgkpp@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah