Tuesday, March 1, 2011

iMotivasi : Pujian adalah......

Siapa yang tak suka akan pujian dan penghargaan? Cumanya persoalan layak atau tidak dan cara menerima dan memberi pujian itulah yg harus kita semak semula.

Apa Itu Pujian?
 
Pujian adalah penghargaan tapi bagi seorang muslim,pujian sebenarnya adalah ujian.Saya katakan ia sebagai ujian kerana dengan pujian yg menggunung ini,maka akan wujud 2 keburukan yg amat hina kpd org yg dipuji iaitu riak dan takbur.
Ujian Buat Org Yang Dipuji
 
Telah kita seringkali dengar akan hadis qudsi yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibn Majjah,Rasulallah bersabda bahawa Allah berfirman;"Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu.Sesiapa yg merebut salah 1 drpd keduanya maka akan Aku campakkannya ke dlm neraka!"

Org alim lah yg lebih dekat kpd kesombongan,kerana sejarah dan Al-Quran telah menukilkan peristiwa Iblis yg dihinakan oleh Allah kerana kesombongannya utk sujud hormat kpd Adam A.S.Maka hadis ini adalah ancaman keras bagi kita jika kita merasa diri kita baik dan bagus.

Jadi,apakah cara yg paling selamat utk memuji ?
 
Yang paling utama ialah Jangan berlebih-lebih.Larangan drpd berlebihan atau melampau ini bukan hanya terbatas dalam isu ini,sebaliknya dalam segala perkara.Apa yg pernah terjadi kpd org terdahulu,mereka terlalu menyanjungi salah seorang manusia drpd kaum mereka dan menyebabkan mereka sesat.

Umat terdahulu memuja Nabi Isa,Uzair,atau Gautama Buddha hinggakan mereka itu diangakat menjadi Tuhan.Umat sekarang pula telalu memuja artis,personaliti sukan,ahli politik dll.Mereka di 'idol' kan,sedangkan perkataan
idola itu bermaksud berhala.Jadi,tak banyak beza pun antara kesesatan kita dgn kesesatan mereka,kan?

Kedua,
pujian yg baik seharusnya dilakukan hanya di dalam hati.Tak perlu diluahkan kerana bimbang org yg kita puji itu ditimpa kecelakaan sbb pujian kita.Siapa tahu?Makanya,Rasulallah mengajar kpd kita,kalau kita menyukai kebaikan yg ada pada seseorang,maka kita doakan org itu dgn doa."Barakallah hu fik".Saya sendiri lebih memerlukan doa drpd anda yg kacak jelita,drpd pujian yg menyebabkan saya senyum hingga ke telinga tapi takde kebaikan bagi saya.

"Adakah ini bermaksud kita tak boleh puji orang?"

Tak!Tak! Rasulullah SAW juga seringkali puji para sahabat.Pujilah,dgn tujuan mahu membina persaudaraan,mengeratkan ukhuwah dan juga memperbaiki hubungan sesama kita.Pujian juga merupakan 1 ransangan,maka pujilah sekadar yg perlu shj.

Paling utama,utk memuji kita
perlu sandarkan pujian kita kpd Allah,kerana setiap kebaikan itu datang drpd Allah.Maka,Allah lebih berhak menerima pujian kerana Dia berkuasa mengubah keburukan menjadi kebaikan atau sebaliknya.
(ini dikira puji juga ke?)
 
Bagaimana pula dgn org yg menerima pujian?
 
Org yg menerima pujian seharusnya beristighfar banyak-banyak.Di samping itu,mereka juga seharusnya memperbaiki amalan kerana dibimbangi dicemari dengan sifat sombong dan riak itu tadi.Di kala ini,muhasabah diri sangat diperlukan.
Bentuk-bentuk Pujian
 
Kalau kita bukak Al-Quran,Allah tak sebut banyak pasal dosa,pasal haram judi,arak,zina dan larangan-larangan,sebaliknya Allah banyak sebut 'Ghafurr'-iaitu Maha Pemaaf.Ini adalah kerana Allah nak tekankan kpd manusia bahawa walau sebanyak manapun larangan Allah yang kita langgar atau sebanyak manapun dosa kita lakukan,Allah Maha Pengampun.Syaratnya taubat sekarang lah..kalau dah nak mati,tak diterima.

Maka dengan itu,kita telah melihat bentuk pujian pertama iaitu pujian Allah kpd diriNya.Bentuk pujian kedua pula ialah Allah kpd makhluk.Banyak sekali diceritakan dalam al-Quran pujian-pujian Allah kpd manusia,antaranya kpd org yg beriman dan kpd Nabi-nabi dan umat terdahulu.Satu contoh ialah dalam surah As-Saffat ayat 78-Allah memuji Nabi Nuh.Tak inginkah kita dipuji oleh Allah dgn gelaran
org beriman?
Bentuk ketiga pula ialah makhluk kpd Allah.Ini adalah ibadah dan lambang kedudukan kita sbg hamba.Dan bentuk terakhir pastinya pujian makhluk kpd makhluk.Kesimpulannya,berpada-pada dalam memuji,kerana pujian yg berlebihan hanya layak utk Allah sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah