Wednesday, March 16, 2011

Tsunami Jepun 11-Mac-2011

TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pantai berkenaan.

Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.

Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.

Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.

Video tsunami di Jepun boleh ditonton dalam video di bawah :

(A). Semasa ombak tsunami melanda.


(B). Imej satelit sebelum dan selepas tsunami 


Kesan pasca tsunami ini telah mencetuskan fenomena yang lebih membimbangkan, dimana rakyat Jepun sekarang berhadapan dengan ancaman radiasi akibat letupan loji janakuasa nuklear di Daiichi, Fukushima. Kalau menurut pihak berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Jepun kini dinilai pada skala 6/7 bagi kemalangan nuklear, iaitu kurang 1 mata berbanding kemalangan Chernobyl 1986 (7/7) dan berada 1 mata di atas tahap kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania 1979 (skala 5/7).

Mujurlah, ancaman radiasi Tahap 4 mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa hanya meliputi kawasan loji itu sahaja. Faktor cuaca di Jepun menyebabkan kesan radiasi tidak tersebar secara meluas. Malaysia setakat ini juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan tahap radiasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah