Wednesday, March 23, 2011

Temasya Sukan Sungai Sempena Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah 2011

Acara pertandingan perlumbaan perahu panjang akan diadakan pada 9.00 pagi 26hb Mac 2011 di Tanjung Chalee Alor Setar. KDYMM Sultan Kedah akan mencemar duli menghadirkan diri ke majlis ini.

Pelbagai kategori perlumbaan perahu panjang diadakan pada hari tersebut. Sudah tentu kategori yang paling ditunggu-tunggu adalah kategori perlumbaan  :

Pasukan Pendayung Pegawai Persekutuan Kedah (Fedrowers) 

vs
Pasukan Pendayung Pegawai Negeri Kedah
(KCS)


Ini kerana pada tahun ini pegawai JMGKPP iaitu En. Wan Salmi dan En. Mustadza telah dipilih untuk mewakili JMG dalam pasukan pegawai persekutuan Kedah yang terdiri dari pegawai persekutuan pelbagai agensi seperti ICU, MADA, FAMA, KBS, KEDA dan lain-lain lagi. Sesi latihan mendayung perahu panjang ini diadakan di empangan Jajar (MADA) iaitu bermula dari 14hb hingga 24 Mac 2011.

 Gambar Sesi Latihan Federal Rower Kedah.









Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai di sepanjang empangan Jajar hingga ke Tanjung Chalee untuk menyaksikan kehebatan aksi perlumbaan perahu panjang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wakil JMG KPP LASBELA Ke Bandung, Indonesia Pada 16-20 Jun 2011 Kelolaan ICU Negeri Kedah